Search

Kaedah Bersiwak

Kaedah Bersiwak

Soalan: Apakah kaedah bersiwak sebagaimana yang dituntut syariat?  Definisi siwak adalah penggunaan kayu atau seumpamanya pada gigi untuk menghilangkan perubahan (dari segi kebersihan atau warna gigi) dan yang seumpamanya. (Lihat al-Majmūʿ Sharḥ al-Muhadhdhab, 1:269-270). Shaykh Dr. Muḥammad al-Zuhaylī menambah 

“…seperti berus gigi pada masa kini.” (Lihat al-Muʿtamad fi al-Fiqh al-Shāfiʿī, 1:59)  

Hukum bersiwak adalah sunat di sisi mazhab al-Shāfiʿī. (Lihat al-Majmūʿ Sharḥ al-Muhadhdhab, 1:267).  Daripada Abu Hurairah raḍiyallāhu ʿ anhu, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:  

لولا أن أشُقَّ على أمَّتي- أو على النَّاس- لأمَرتُهم بالسِّواكِ مع كلِّ صلاةٍ 

“Kalau tidak kerana aku bimbang akan menyusahkan umatku — atau manusia — sudah tentu aku akan perintahkan mereka untuk bersiwak setiap kali hendak menunaikan solat.” (Riwayat al-Bukhārī, no. 887)  

Kaedah yang disunatkan, sebagaimana dalam mazhab al-Shāfiʿī adalah: Mula dari arah kanan mulut menuju ke arah kiri dan berhenti di tengah. Setelah sampai di bahagian tengah, mula di sebelah kiri pula hingga berhenti ke tengah. Dari bahagian dalam ke bahagian luarnya. (Lihat Hāshiyah al-Bājūrī alā Fatḥ al-Qarīb, 1:58)  Wallāhu aʿlam.

Dr Mohamad Razif Mohamad Fuad

Dr Mohamad Razif Mohamad Fuad

Dr. Mohamad Razif is a Malaysian scholar in Islamic theology, philosophy, and contemporary ideological studies. He earned his B.A. in Akidah and Religious Studies from Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), M.A. in Islamic Revealed Knowledge and Heritage (Usul al-Din and Comparative Religion) from the International Islamic University Malaysia (IIUM), and Ph.D. in Akidah and Islamic Thought from Universiti Malaya (UM). His research explores the intersection of classical Islamic scholarship with modern challenges such as atheism, transhumanism, and New Age movements. Internationally, he is an alumnus of the U.S. Department of State’s International Visitor Leadership Program (IVLP), engaging in global dialogues on interfaith, civil society, and contemporary thought.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Your experience on this site will be improved by allowing cookies Cookie Policy