Search

Membaca Surah al-Fatihah Serentak Dengan Imam

Soalan: Sebelum ini, saya solat dengan membaca Surah al-Fatihah serentak dengan imam. Sekarang, baru saya tahu ia tak dibenarkan. Jadi, adakah solat saya selama ini sah?

Membaca Surah al-Fatihah adalah salah satu daripada rukun solat. Sabda Rasulullah SAW:

لَا صَلَاةَ لِمَن لَمْ يَقْرَأْ بفَاتِحَةِ الكِتَابِ

Tidak sah solat bagi yang tidak membaca Surah al-Fatihah

(Riwayat Muslim, no. 394)

Dalam mazhab al-Shāfi'ī, hukum makmum membaca Surah al-Fatihah adalah wajib dalam setiap rakaat sama ada berdiri atau selainnya, sama ada dalam solat fardu mahupun sunat, bagi orang yang solat bersendirian atau berjemaah, dalam solat yang dibaca secara perlahan mahupun kuat. Bacaan al-Fatihah boleh dilakukan sama ada secara hafalan, dengan bimbingan, atau dengan melihat mushaf. Namun dikecualikan bagi orang yang mempunyai uzur kerana mendahului imam secara hakiki, atau secara hukum, seperti disebabkan kesesakan, terlupa, atau pergerakan yang lambat. Contohnya seseorang belum sempat bangun sepenuhnya dari sujud sedangkan imam sudah rukuk atau hampir rukuk, maka gugurlah kewajipan membaca surah al-Fatihah, sama ada keseluruhannya pada rakaat pertama atau sebahagiannya pada rakaat kedua. (Lihat Bushrā al-Karīm, hlm. 202)

 

Mohamad Razif Mohamad Fuad

Mohamad Razif Mohamad Fuad

Dr. Mohamad Razif is a lifelong learner in Islamic theology, philosophy, and contemporary ideological studies. He earned his B.A. in Akidah and Religious Studies from Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), M.A. in Islamic Revealed Knowledge and Heritage (Usul al-Din and Comparative Religion) from the International Islamic University Malaysia (IIUM), and Ph.D. in Akidah and Islamic Thought from Universiti Malaya (UM).  Internationally, he is an alumnus of the U.S. Department of State’s International Visitor Leadership Program (IVLP), engaging in global dialogues on interfaith, civil society, and contemporary thought.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Your experience on this site will be improved by allowing cookies Cookie Policy